Pastinya guru-guru sedang terfikir tentang aktiviti yang bersesuaian sempena majlis sambutan hari raya di sekolah selain dari menikmati juadah raya. Sebenarnya ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti :
- menyanyi / karaoke lagu raya
- teka-teki juadah raya
- sesi bermaafan murid dan guru
- menikmati juadah raya bersama
- permainan / pertandingan menganyam ketupat
- membuat kad ucapan raya
- sesi memberi kad ucapan raya kepada rakan dan guru
- mewarna poster raya
- pertandingan perhiasan kelas tercantik tema hari raya
- mengambil gambar raya bersama-sama
Dengan kepelbagaian aktiviti yang dilakukan pada majlis sambutan hari raya, pastinya pelajar dan guru tidak akan merasa kebosanan serta dapat mencipta kenangan terindah bersama-sama.
Di sini Tcer kongsikan beberapa lembaran aktiviti yang boleh dilakukan sempena sambutan hari raya bersama pelajar. Guru hanya perlu memuat turun aktiviti ini dan mencetaknya untuk diedarkan kepada pelajar.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂
MUAT TURUN SEKARANG :