Terkini ALPHABET COLOURING PAGES FOR PRESCHOOL

ALPHABET COLOURING PAGES FOR PRESCHOOL

189
0

Tinggal beberapa hari sahaja lagi baki cuti sekolah sebelum sesi persekolahan kembali bermula setelah bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pun begitu, pastinya kemeriahan sambutan lebaran masih lagi dirasai terutama di kalangan kanak-kanak. Pastinya bukan mudah untuk pendidik menarik minat dan perhatian mereka untuk kembali memberi fokus sepenuhnya pada pelajaran. Oleh itu, Tcer dengan sukacitanya ini berkongsi beberapa Bahan Bantu Mengajar untuk memudahkan para guru dan pendidik mengajar dan berkongsi ilmu dengan pelajar.

Tcer kongsikan BBM Alphabet Colouring Pages yang sangat bersesuaian untuk dilakukan oleh pelajar pra sekolah serta tahap 1. Latihan ini mengandungi 27 gambarajah beserta huruf yang boleh diwarnakan mengikut kreativiti pelajar sendiri.

Dengan koleksi BBM seperti ini, guru bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk kembali memberi perhatian terhadap proses pembelajaran tetapi juga dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing serta dalam masa yang sama lebih mudah untuk pelajar belajar dan mengingati huruf berdasarkan ime yang dipaparkan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂

MUAT TURUN SEKARANG : alphabet colouring

Previous articleTEMPLATE / CONTOH BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2023
Next articleLATIHAN MENULIS HURUF BESAR DAN HURUF KECIL