Pada pendapat Tcer, ramai pelajar terutamanya kanak-kanak sangat sukakan aktiviti latihan suaikan atau padankan gambar. Ini adalah kerana, aktiviti ini bukan sahaja mudah dan ringan tetapi juga menarik dan menyeronokkan untuk dilakukan sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
Bagi lembaran kerja kali ini, Tcer kongsikan bahan bantu mengajar yang mengandungi 8 muka surat terdiri daripada aktiviti suaikan atau padankan gambar dengan nama/perkataan. Lembaran kerja ini amat bersesuaian untuk pelajar pra sekolah dan tahap 1 kerana ia lebih mudah dan menarik perhatian.
Guru boleh gunakan lembaran kerja ini dengan cara yang lebih kreativ seperti melakukan ia secara berkumpulan dan meminta pelajar padankan perkataan dengan gambarajah serta meminta mereka untuk membawa/menunjukkan objek tersebut sekiranya ia berada dalam persekitaran mereka.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat membuatkan mereka lebih aktif tetapi juga memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂
MUAT TURUN SEKARANG : suaikan gambar