Pra Sekolah HIMPUNAN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN (PRA SEKOLAH/TAHAP 1)

HIMPUNAN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN (PRA SEKOLAH/TAHAP 1)

136
0

 

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya, kita masih diizinkan bernafas dan bertemu Ramadhan pada tahun ini. Ticer yakin, ramai adik-adik yang bersemangat untuk belajar berpuasa pada tahun ini bukan? Walaupun Ramadhan tahun ini agak mencabar dengan permulaan sesi persekolahan yang baharu serta keadaan cuaca yang tidak menentu di beberapa negeri, ada yang terlalu panas dan ada yang hujan. Walau apa pun, Ticer doakan adik-adik serta ibu bapa dan guru dipermudahkan urusan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Memandangkan sesi persekolahan baharu telah bermula, pastinya para guru juga sibuk mengatur jadual dan rancangan pengajaran tahunan bagi memastikan anak didik kita mendapatkan ilmu yang terbaik.

Oleh itu, Ticer sangat gembira untuk berkongsi himpunan poster-poster mewarna yang bertemakan bulan Ramadhan untuk para guru berikan pada pelajar bagi mengisi masa terluang atau sebagai kerja rumah untuk mata pelajaran seni.

Poster ini bukan sahaja menarik tetapi juga ia mudah untuk diwarnakan oleh lapisan umur pra sekolah dan tahap satu. Aktiviti ini juga dapat mengalih perhatian pelajar dari merasa lapar dan dahaga sepanjang tempoh berpuasa.

Ticer harap perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Jika guru dan ibu bapa mahukan lebih maklumat dan perkongsian mengenai pendidikan, jangan lupa follow team kami di https://t.me/sistemguruonline .

Sehingga jumpa lagi di lain perkongsian, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA!

MUAT TURUN POSTER MEWARNA BULAN RAMADHAN DI SINI : Ramadan

Previous articleLATIH TUBI BAHASA INGGERIS TAHUN 3 (SET 1 – 3)
Next articleRANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN RPT 2023 SEKOLAH RENDAH