Lembaran kerja ini terdiri daripada sebelas muka surat yang lengkap dengan gambarajah. Ia sesuai dijadikan latihan untuk pelajar tahun 2 dan 3. Lembaran ini juga mengandungi latihan mengenai kata nama khas, kata nama am, kata ganti nama dan sebagainya.
Latihan ini juga diiringi dengan latihan bina ayat berdasarkan perkataan dan gambarajah yang diberikan. Ia adalah latihan yang agak santai dan ringan untuk dilakukan. Guru boleh mengedarkan latihan ini dan sama-sama melakukannya di dalam bilik darjah atau boleh juga diberikan sebagai kerja rumah.
Selain dari menyiapkan tugasan yang diarahkan, pelajar juga boleh mewarnakan gambarajah yang terdapat di dalam lembaran kerja ini mengikut kreativiti masing-masing. Ini bukan sahaja dapat membantu menarik minat mereka untuk berusaha menyiapkan tugasan, ia juga mampu mengembangkan minda dan menguatkan ingatan mereka terhadap tugasan-tugasan yang mereka lakukan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pad rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂
MUAT TURUN SEKARANG :