Latihan LATIHAN LEMBARAN KERJA OPERASI TOLAK TAHAP 1 SUBJEK MATEMATIK

LATIHAN LEMBARAN KERJA OPERASI TOLAK TAHAP 1 SUBJEK MATEMATIK

121

Slide2 3

LATIHAN LEMBARAN KERJA OPERASI TOLAK TAHAP 1 SUBJEK MATEMATIK, Untuk mempelajari matematik, kita hanya perlu memahami 4 konsep asas sebelum ke peringkat seterusnya untuk mendalami dengan lebih baik pengiraan dalam matematik. Ini kerana, seperti dalam mata pelajaran lainnya, matematik juga mempunyai banyak konsep, banyak peringkat dan banyak lagi jenis dan teknik pengiraan.

Apakah 4 konsep asas yang dimaksudkan?

  1. Tambah
  2. Tolak
  3. Darab
  4. Bahagi

Di atas adalah 4 konsep asas dalam pembelajaran matemati. Bagaimanapula cara untuk menguasai matematik dan menerapkan minat terhadap matematik dalam usia muda di kalangan anak-anak kita? Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak akan cepat bosan dan agar sukar untuk memberi perhatian jika sesuatu proses pembelajaran itu memakan masa agak lama.

Matematik bukanlah satu mata pelajaran yang sukar untuk difahami sekiranya ia dapat dikuasai dari usia yang muda. Secara logiknya, kita menggunakan matematik dalam kehidupan seharian, setiap masa dan setiap hari sedar atau pun tidak. Oleh itu, jika ia diajar dan dipraktikkan dengan cara yang betul dan menyeronokkan dari usia yang muda di kalangan kanak-kanak, ia tidak akan menjadi sesuatu yang sukar untuk dikuasai dan difahami kelak.

Memandangkan kita telahpun menggunakan matematik dalam kehidupan seharian, tidak menjadi masalah untuk kita memanfaatkan penggunaan itu dengan melebihkan penggunaan yang di kalangan kanak-kanak, tetapi jadikan ia lebih mudah, menarik dan senang difahami.

Contohnya, ajak mereka sama-sama menyediakan sarapan pagi dan sambil itu latih minda mereka untuk membuat pengiraan mudah seperti :

  1. Jika seorang di dalam rumah memerlukan 2 biji telur untuk sarapan, kira berapa biji telur yang diperlukan untuk semua orang dalam rumah.
  2. Untuk membancuh segelas susu memerlukan 3 sudu susu, berapa sudu susu yang diperlukan untuk membuat 3 gelas susu.
  3. Anda mempunyai 3 adik beradik dan ketiga-tiganya mahukan epal untuk sarapan, tetapi epal hanya ada sebiji sahaja. Bagaimana anda ingin membahagikan epal itu sama rata untuk 3 orang.

Di atas hanyalah contoh, ibu bapa atau guru boleh menggunakan soalan atau teknik berbeza mengikut kesesuaian umur dan situasi.

Modul latihan yang admin akan kongsikan ini terdiri daripada 16 muka surat yang mengandungi soalan mengenai operasi tolak tahap 1.

MUAT TURUN SEKARANG :

Lembaran Kerja Operasi Tolak