Terkini LATIHAN MENULIS NAMA

LATIHAN MENULIS NAMA

116
0

Menulis nama sendiri adalah antara perkara terawal yang perlu diajari kepada kanak-kanak. Ini bukan sahaja dapat melatih mereka menulis nama tetapi juga menyebut dan mengingati nama sendiri dengan lebih baik.

Lembaran bahan bantu mengajar yang bakal Tcer kongsikan kali ini mengandungi 16 muka surat dengan pelbagai gambarajah menarik untuk pilihan pelajar. Selain dari gambarajah, lembaran kerja ini juga mempunyai ruangan untuk pelajar mengulang tulis nama mereka.

Guru atau ibu bapa boleh mencetak lembaran ini dan meminta pelajar untuk memilih mana-mana gambarajah yang mereka inginkan untuk membuat latihan menulis nama sendiri.

Latihan ini sangat mudah dan menarik serta bersesuaian untuk pra sekolah dan pelajar tahap 1.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂

MUAT TURUN SEKARANG : tulis-nama

Previous articleBBM : SUAIKAN GAMBAR / PADANKAN GAMBAR
Next articlePRESCHOOL MATHEMATIC – MATH DRILL ADDITION 1-10