Terkini MENGENAL HURUF VOKAL

MENGENAL HURUF VOKAL

32
0

Huruf vokal memainkan peranan penting dalam pembentukan satu perkataan. Tanpa huruf vokal, perkataan bukan sahaja tidak dapat dibentuk dengan sempurna bahkan mungkin tidak akan mempunyai maksud apa-apa. Huruf vokal tidak sama dengan huruf konsonan dan ianya juga tidak terlalu banyak seperti huruf konsonan. Oleh itu, adalah sesuatu yang amat mudah untuk mengingat huruf vokal. Mengajari huruf vokal pada kanak-kanak juga menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan memandangkan huruf vokal memerlukan kita untuk membuat bunyi berdasarkan huruf vokal tersebut.

Bahan bantu mengajar yang Tcer kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan pembelajaran mengenal huruf vokal. Latihan ini mengandungi 7 muka surat. Ia terdiri daripada latihan mengenal huruf vokal yang diiringi dengan bantuan gambarajah bagi memudahkan pelajar untuk mengenalpasti objek yang perlu dilengkapkan huruf vokalnya. Guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang lain seperti audio atau video supaya sesi pembelajaran akan menjadi lebih seronok.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan pembelajaran pendidik dan pelajar. Jangan lupa follow Tcer di telegram chanel https://t.me/sistemguruonline ye! kongsikan juga artikel ini pada rakan-rakan anda yang lain. TERIMA KASIH 🙂

MUAT TURUN SEKARANG : huruf vokal

Previous articleMENGENAL HURUF KECIL
Next articleBBM MEMBACA & MENULIS (KENALI SUKUKATA)