Home Latihan PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (ANIMAL SENSES)

PRINTABLE POSTER/BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL/STANDARD 1-3 (ANIMAL SENSES)

7
0
PRINTABLE POSTER BOOKLET SCIENCE PRE SCHOOL STANDARD 1-3 (ANIMAL SENSES)

Seperti manusia, haiwan juga mempunyai deria yang berbeza dan unik. Setiap haiwan mempunyai deria yang berbeza mengikut keperluan dirinya sendiri. Setiap deria ini membantu mereka untuk memastikan mereka selamat dan mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Ada haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat untuk memudahkan mereka menghidu sumber makanan atau musuh. Ada pula haiwan yang mempunyai deria pendengaran yang sensitive pada persekitaran untuk membantu mereka membuat persediaan untuk menangkap, menyerang atau melindungi diri dari musuh dan sebagainya.

Tahukah anda, ada 7 haiwan di dunia yang mempunyai deria bau yang sangat hebat?

  1. Tikus Afrika

Haiwan ini walaupun kecil dan mempunyai daya penglihatan yang agak teruk, tetapi mereka sangat jebat dalam menggunakan deria bau. Percaya atau tidak, atas dasar inilah tikus kecil ini digunakan sangat meluas di luar negara untuk mengesan periuk api dan bahan letupan yang tersisa daripada zaman perang terdahulu.

  1. Jerung Putih

Haiwan menggerunkan ini dipercayai usianya lebih tua darii dinosaur tetapi mempunyai deria bau yang sangat luar biasa. Menurut kajian, Jerung Putih mampu mengesan 1 titis darah dalam 10 billion titis air. Hebatkan?

  1. Gajah Afrika

Saintis berpendapat, Gajah Afrika mempunyai bilangan gen terbanyak iaitu sekitar dalam 2.000 yang berkait rapat dengan deria bau. Bilangan ini dalam perbandingan dengan manusia adalah lima kali lebih banyak dan dua kali lebih banyak dri anjing. Lubang hidup gajah ini terlekat di hujung belalainya yang panjang dan mampu mengesan sumber air sejauh 19.2 kilometer bersamaan 12 batu jauhnya. Wow!

  1. Kiwi

Jangan salah sangka, ia bukan buah tetapi sejenis haiwan dalam kategori burung. Haiwan ini merupakan haiwan ikonik dengan negara New Zealand, mempunyai paruh yang panjang dengan fungsi yang sangat unik. Walaupun ia tidak dapat melihat dengan bagus, paruh Kiwi bertindak sebagai alat mengesan bau yang sangat baik. Kajian mendapati, paruhnya mempunyai lubang deria yang dapat membantu mereka mengesan pergerakan musuh atau mangsanya di bawah tanah!

  1. Anjing Bloodhoound

Dapat mengesan bau yang berusia lebih dari 13 hari! Ya, inilah anjing jenis Bloodhound. Anjing ini dipercayai mempunyai deria bau yang sangat sensitive yang terdiri daripada 230 juta reseptor bau. Anjing baka ini sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat tempat jenayah, memburu jenayah atau mencari orang hilang. Peranan anjing Bloodhound dalam membantu menyelesaikan sesuatu kes jenayah adalah sangat hebat dan tidak dapat dinafikan lagi.

  1. Rama-rama Jantan

Rama-rama jantan sebenarnya tidak mempunyai hidup tetapi mempunyai antenna yang menonjol dan dioptimumkan penggunaannya untuk mengesan bau. Antenna yang besar dan berbulu dipenuhi dengan reseptor bau membantu mereka mengesan bau zarah feromon dari rama-rama betina sejauh lebih tujuh batu. Hebat!

  1. Anjing Basset Hound

Ini adalah satu lagi spesies anjing istimewa yang mempunyai deria bau sangat hebat. Saiznya yang kecil dan rendah menjadikan ia lebih sesuai dalam mengikut jejak. Mempunyai telinga yang besar bukan kelemahan tetapi ia merupakan kelebihan kerana digunakan untuk mengibas tanah dan membantu membangkitkan aroma ke dalam hidung mereka. Kulit yang berkerut di sekitar wajah dan leher membantu menangkap dan menyimpan aroma yang dihidu ketika usaha menjejak dilakukan. Tidak peliklah jika anjing ini jaguh dalam menunjukkan prestasi yang baik dalam sukan menjejak.

Admin kongsikan poster dan latihan ringkas, mudah dan menyeronokkan untuk dilakukan oleh anak-anak bersama bimbingan guru dan ibu bapa. Anda boleh muat turun dan cetak dokumen dalam bentuk pdf dan imej dengan mudah.

Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline  untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.

MUAT TURUN SEKARANG :

AnimalSensesPosters-1

Previous articleTEKNIK MENCATAT / MEMBUAT NOTA RINGKAS (SPM TRIAL 2022 BI MRSM)
Next articleDEKORASI KELAS POSTER JENIS-JENIS PEKERJAAN (SAIZ A4) PRINTABLE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here